Tuesday, April 28, 2009

JODOH sinGKAT??

Pasangan berumur 31 hingga 35 tahun catat kes cerai tertinggi: Perceraian pasangan muda banyak berlaku di Lembah Klang disebabkan kos sara hidup yang tinggi ISTILAH janda atau duda muda, ibu tunggal atau bapa tunggal tidak lagi membawa konotasi menjelikkan dewasa ini berbanding pada era 60an dan 70an kerana pada zaman itu perceraian 'hidup' ibarat membawa musibah dan menconteng arang ke muka ibu bapa. Peredaran zaman seiring dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan istilah berkenaan hilang 'bisanya', sekali gus ia menjadi norma biasa, apatah lagi saban hari kita disajikan dengan berita perceraian selebriti, termasuk artis dan penyanyi yang diidolakan golongan muda.
Trend baru ini seolah-olah menjadikan perkahwinan itu sebagai ujian untuk meneruskan kelangsungan hidup (survival) dan bukan lagi memenuhi tuntutan agama yang mahu memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW, menjauhi dosa dan mencari pahala serta mencari keredaan-Nya. Kini, tidak sukar untuk menemui wanita bergelar janda pada usia 20an, begitu juga duda muda kerana pada umur demikian selayaknya mereka mengisi kemanisan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Lebih memburukkan keadaan, kisah perceraian banyak membabitkan pasangan yang sedang mengecapi kemanisan hidup berumah tangga iaitu ketika usia perkahwinan belum memasuki tempoh matang.
Rentetan daripada itu, ada pihak tampil menuding jari menyalahkan orang lain, pihak mendakwa modul praperkahwinan yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak membawa faedah kepada bakal pengantin, manakala ada yang memberi alasan perkahwinan pada usia muda menyebabkan pasangan tidak matang dalam melayari bahtera perkahwinan. Bagi mengetahui puncanya, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jakim sudah membuat kajian mengenainya yang memfokuskan kepada pasangan yang berkahwin dan bercerai pada tahun sama. Kajian itu dibuat untuk mencari asas kewajaran perceraian masyarakat Islam di negara ini dengan menjadikan 10 peratus daripada 2,382 kes sejak 2005 hingga 2007 sebagai rujukan. Keputusan kajian mendapati 33.5 peratus pasangan hanya mampu mempertahankan perkahwinan di antara tempoh satu hingga lima tahun, manakala pasangan yang berkahwin dan bercerai pada tahun sama kurang daripada satu tahun atau 2.6 peratus.
Tempoh perkahwinan dari enam hingga 10 tahun mencatatkan kumpulan perceraian kedua tertinggi iaitu 26.9 peratus. Tahap umur pasangan wanita paling ramai bercerai ialah pada usia 31 hingga 35 tahun iaitu membabitkan 588 kes, diikuti usia 26 hingga 30 tahun sebanyak 511 kes. Bagi lelaki, tahap umur paling ramai bercerai ialah pada usia 31 hingga 35 tahun iaitu sebanyak 550 kes, diikuti tahap umur 36 hingga 40 tahun sebanyak 473 kes. Mengulas mengenai statistik berkenaan, Pengarah Kesuma, Ghafani Awang Theh, berkata, daripada pengamatan jabatan itu berdasarkan kes yang dirujuk pegawai runding cara di Jabatan Agama Islam, pasangan baru berkahwin mempunyai masalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri. "Mungkin disebabkan usia belum matang menyebabkan mereka gagal memenuhi kehendak pasangan sehinggakan perkahwinan yang diinginkan penuh keindahan, sebaliknya menjadi kejutan tidak dijangka berpunca daripada sikap belum bersedia mereka melayari alam rumah tangga," katanya. Beliau mengakui trend perkahwinan singkat di antara pasangan muda berpunca daripada masalah komunikasi, selain hidup berkeluarga jauh daripada pemantauan ibu bapa dan keluarga menyumbang kepada keruntuhan ikatan rumah tangga.
"Sekarang ini ramai pasangan muda yang berkahwin tidak mendapat perhatian daripada orang tua masing-masing sehingga menyebabkan pasangan gagal mematuhi rukun hidup berumah tangga, misalnya mengeluarkan bahasa kasar apabila berbual bersama pasangan. "Jika dulu, hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga sentiasa terjalin erat menyebabkan mereka saling tegur menegur jika ada sesuatu yang kurang disenangi berlaku di sekeliling mereka, kini, sikap itu semakin terhakis," katanya. Dalam kemelut ekonomi yang semakin meruncing, Ghafani mengakui jumlah perceraian pasangan muda banyak berlaku di Lembah Klang berpunca daripada kos sara hidup yang tinggi. "Tekanan dihadapi berpunca daripada masalah kewangan menjadi penyebab utama perceraian.
Justeru selepas menilai hasil kajian, modul praperkahwinan sudah diubah semula pada 2007 dengan memasukkan dua subjek penting iaitu pengurusan kewangan dan pengurusan stres. Tidak kurang penting, ketiadaan ilmu dan pendedahan terhadap hubungan kelamin turut menjadi antara penyumbang kepada keruntuhan rumah tangga. Ghafani berkata, pengaruh budaya kuning yang didedahkan menerusi internet dan video lucah memberi kesan sampingan terhadap hubungan suami isteri "Tindakan meniru adegan yang ditonton menyebabkan ketagihan dan tidak sesuai diamalkan kerana sebahagiannya bertentangan dengan ajaran Islam. Kadangkala, ia menyebabkan pertelingkahan apabila permintaan pasangan gagal dipenuhi," katanya.
Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Bennie Zie Fauzi bminggu@bharian.com.my
Was it you who spoke the words that things would happen but not to me?
All things are gonna happen naturally
Oh, taking your advice and
I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing.
Oh, but at often times those words get tangled up in a lines
And the bright light turns to night
Oh, until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me
Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of, of the love
Of the love that
I loved
lova lova!
See I'm all about them words
Over numbers,
unencumbered numbered words;
Hundreds of pages, pages, pages for words.
More words than I had ever heard, and I feel so alive.
Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Oh, love love You and I, You and I
Not so little you and I anymore
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy
Cause you and I both loved
What you and I spoke of (of, of)
And others just read of
And if you could see me now
Well, then I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally
deedeedeedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I am free
Oh, I'm free
And it's okay if you had to go away
Oh, just remember that telephones
Well, they work out of both ways
But if I never ever hear them ring
If nothing else
I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang
Cause you and I both loved
What you and I spoke of (of,)
And others just read of and if you could see me now
Well, then I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally
deedeedeedeedeede
Well I'm almost finally, finally
Out of words

Friday, April 3, 2009

APA aDa DAlam KoTAk?????

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”


Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”


Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.


Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

banyak lagi di; TENTANG CINTA

Thursday, April 2, 2009

6sense TANPA




Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi

Tanpa...
CintaMu aku resah
Tanpa...
KasihMu aku hampa
Tanpa....
DiriMu aku mati (x2)

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tanpaMu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari diriMu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
TanpaMu ku mati


lagu nie bkn lagu untuk kekasih tau..... lagu nie untuk pencipta kite.... tanpa ALLAH yag maha esa siapalah kita di dunia nie....



AFGAN ENTAH


Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...

Masih kah ada, o...
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...