Monday, March 2, 2009

Nak tau sesuatu pasal AkiefCyg takk???



Salam semua!!! Ni, Afacyg ader story cket..... Pasal Akiefcyg.... Hehehehe.... Dulu2, time kami bdua maseh lom rapat gitu2 (hehe...), Afacyg pernah tanya ciri2 Wanita idaman dier...., dan.... Ni yang Akiefcyg bagitau kat Afacyg.....;


"Kriteria girlfriend2 idaman Akiefcyg adalah:


1. Seorang gadis yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.


2. Seorang gadis yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.


3. Seorang gadis yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.


4. Seorang gadis yang dapat memahami anda secara lahir batin


5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat gadis tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hohoho!"
Hehehe... Cowi ek.... Akiefcyg!!!! Hahaha.....

Nak Tau ciRi-ciri seorang plaYboy???

Banyak sekali pada ketika ini berita gadis remaja dan juga yang sudah matang yang terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Kadangkala bukan itu yang dimahukan tetapi disebabkan lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap. si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan perhubungan sebegini. Apabila status lelaki ini sudah diketahui, ramai yang merasakan bahawa ianya sudah terlambut dan perhubungan sudah terlanjur dan kerana tidak mahu tinggal keseorangan, akhirnya si gadis terus sanggup menjadi madu. Adakah ini kesudahan yang anda mahukan? Sebelum itu ketahui taktik-taktik seorang playboy memancing dan memikat seorang wanita:

TAKTIK MEMIKAT PLAYBOY:
- Mengambil berat mengenai perasaan dan situasi wanita.
- Selalu bercerita tentang kesusahan diri dan betapa si gadis amat membahagiakan dan telah membantu menjadikan si playboy seorang yang paling beruntung di dunia dan bagaimana atas nasihat si gadis si playboy sudah berubah dan memajukan diri dalam pelbagai segi.
- Selalu memberi kata-kata pujian pada si gadis, sama ada mengenai panya, tingkah lakunya yang lemah lembut & manis, rajin, pandai menjaga diri, suara gadis yang ayu dan comel dan kata-kata yang manis yang lain.
- Anda satu-satunya gadis yang ikhlas, pandai mengambil hati dan memahami dirinya.
- Anda cantik tetapi tidak sombong
Apabila sudah terkantoi:
- Isteri tidak menjaganya dengan betul, baju pun tak terbasuh (tidak sedarkah jika dah mempunyai anak sampai 4, masa agak terhad untuk basuh baju atau mengemas rumah). Alasan tidak munasabah.
- Sunyi, tiada teman berbicara
- Anda seorang gadis sejati yang satu-satunya memahami dirinya. Anda bukan seperti gadis-gadis yang lain